Selasa, 2009 November 17

My Reminder

18th Nov; am i realizing it??
me growing older..day by day...
till now, i'll be 21 for several hours after this
fears surrounding me
not as a burden
but...hmm..*
how do i do after this?
well, nobody knows...
waLLahu a'lam


a tribute to my beloved mother,
to born me here,
on this beautiful tiny land,
full of harsh situation..

Lagi2 Rabbani...

Kenangi Ibu Bapa

Doakanlah Sejahtera

Kita Anak Harus Membela

Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka

Sia-Sia Di Hari Tua

Kecewa Hidup Dan Merana

Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka Hingga Ke Hujung Usia

Bila Sampai Waktu Ajalnya

Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa Kami Permata Anda

Tidak Jemu Berdoa

Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia Akhirat Pun Begitu Jua

Inilah Harapan Kami Semua

Moga Allah Kabulkan Doa








BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Ayah Ibu

16Nov; 23rd anniversary
a tribute to my beloved parent
May Allah Bless Us







Rabbani




Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat
Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama



Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan darjatmu
Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman
Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga



Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu












BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Selasa, 2009 November 03

Ilmu yg Menerangi

Tiada yang lain yang ku cinta,
Hanya pada ilmu,
Tiada yang lain yang ku rindu,
Ku ingat selalu,
ilmulah cahaya yang bersinar,
dikala ku kegelapan.

Tiada yang lain yang ku mahu,
Tugas ku hanyalah satu,
Tiada yang lain yang ku puja,
Mencari dirimu,
Tanpa ilmu dalam jiwa,
Hidup pasti tak bermaya,
Hanya tujuan membawa,
Kejayaan kita.

Rasa cinta padamu,
Ayah dan ibu,
Tak perlu semua ragu,
Kemampuanku.

Sejujur niatku ingin berusaha,
Membela semua,
Bimbinglah diriku guru,
Ke mercu kejayaan.
Ku impikan kejayaan,
Atasi rintangan,
Tanpa putus asa dan bimbang,
Ku berjuang.

Kuperlu semua sokongan,
Dari semua insan,
Menjadikan tiap impian,
Kenyataan.

Sahabatku dengarkanlah,
Bila aku terlupa,
Kaulah pengingatnya,
Bila kau terluka,
Akulah penyedarnya,
Kita sama2 saling berusaha,
Untuk Berjaya….

*kredit to mohamed atiq muid for this quotation..tq

BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Isnin, 2009 Oktober 26

Ayat al-Quran pada kulit bayi

From: Sharifah Hasniza Syed Abdul Rani
Sent: Wednesday, October 21, 2009 8:03 AM
To: Siti Noorhayati Ab Rahman; Iskandar Norahman; Nor Azwa Ahmad Tarmizi; Wan Noraida Jamaludin; Darwini Mohd Isa; Norhayati Karim; Omor Kassim; Umamah Ahmad
Subject: Ayat al-Quran pada kulit bayi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1021/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1021/Kosmo/Dunia/du_06.2.jpg

MADINA mendukung anaknya, Ali.



Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1021/Kosmo/Dunia/du_06.3.jpg

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.



Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Allahu a'lam..ni kandungn emel yg di'forward'2kn oleh salah seorang sepupu penulis baru2 ini. kejadian aneh memang akan menjadikan manusia tertarik utk mengetahuinya. penulis tertanya2, apakah maksud tulisan yg dipamerkan pada bayi tersebut? hmm, semoga peringatan Allah menjadi pedoman kita.

* Allah kurniakan kita 2 penasihat:

1) yg berkata2; al-Qur'an

2) yg senyap; kematian



BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Selasa, 2009 Oktober 20

Pulau Pinang, Pulau Mutiara

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Kutaat dan setia
Aman dan bahagia

Majulah, jayalah
Negeriku yang kucinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita



BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Dua beradik juara Pidato Piala Diraja

DUA beradik perempuan mewakili Pulau Pinang, Nur Adilla dan Nur Aqilah Abd Rahim mendominasi pertandingan apabila masing-masing menjuarai kategori sekolah menengah dan rendah Pidato Piala Diraja ke-2, baru-baru ini.

Pada pertandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu, Nur Adila menyampaikan pidato bertajuk Kepelbagaian Budaya di Malaysia Warisan Negara serta Mempertahankan Kedaulatan Negara.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irsyad itu menerima wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil.

Sementara, adiknya Nur Aqilah, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Dua dengan pidato berjudul Satu Bangsa Satu Negara dan Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama menerima wang tunai RM800, piala pusingan, piala iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar Pendidikan), Dr Haili Dolhan.

Tempat kedua kategori sekolah menengah diraih Muhamad Izzat Syameer Mohd Zaid dari SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan dengan pidato bertajuk Warisan Seni dan Budaya Tunjang Kecemerlangan Sejagat serta Bahasa Teras Perpaduan.

Nurhaziqah Norani dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Kuching, Sarawak yang menyampaikan pidato Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia dan Satu Malaysia Membudayakan Kecemerlangan menduduki tempat ketiga.

Muhamad Izzat dan Nurhaziqah, masing-masing menerima wang tunai RM800 dan RM600, sijil dan piala iringan.

Kategori sekolah rendah pula, tempat kedua dimenangi Nur Ainna Maryam Nor Azman dari SK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dengan pidato bertajuk Satu Bangsa Satu Negara dan Akhlak Mulia Keluarga Bahagia.

Murid SK Sri Kulim, Kedah, Nasuha Yaacob, pula menduduki tempat ketiga dengan judul pidato Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang dan Bahasa Mencerminkan Bangsa.

Nur Ainna Maryam dan Nasuha, masing-masing dianugerahkan wang tunai RM600 dan RM400, piala iringan dan sijil.

Ketika ditemui Nur Adilla berkata, kejayaan berganda itu hadiah istimewa buat ibu bapa, Rozita Lokman dan Abd Rahim Sudin, yang tidak jemu mendidik mereka termasuk memupuk tabiat membaca seawal usia enam tahun.

“Setiap bulan ibu bapa membawa kami ke kedai buku dan memberi kebebasan memilih bahan bacaan, selain menghadiahkan buku kegemaran kami pada sambutan hari jadi.

“Tabiat suka membaca yang dipupuk sejak kecil membuatkan kami yakin menyertai pertandingan menguji intelektual seperti pidato kerana pelbagai pengetahuan didapati menerusi bahan bacaan,” katanya.

sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20091019074003/Article/index_html

BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Jumaat, 2009 Oktober 09

Sejadah Tunjuk Arah Kiblat?..

Bismillah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Menjadikan Sesuatu..
Pada keluaran kali ini, penulis memasukkan beberapa keping gambar yang benar2 berlaku di salah sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Haji Mohd Amin, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari Khamis, 1 Oktober 2009 yang lepas. Gambar2 ini telah dikirim kepada penulis melalui emel yg dihantar oleh sepupu penulis yg juga sebahagian ahli keluarganya menetap di taman tersebut. Konflik arah kiblat suami isteri di Tmn Hj Mohd Amin ini wajar dijadikan sebagai iktibar & renungan kita bersama, insyaAllah.

Figure 1: Sejadah yang sedang membetulkan kedudukannya menghadap ke dinding rumah.
Kelihatan beberapa orang sedang memerhatikan gerak geri aneh sejadah tersebut.


Figure 2: Sejadah itu masih di situ. Keadaan rumah dengan barangan yang masih belum tersusun rapi membuktikan rumah itu masih baru didiami oleh pasangan suami isteri tersebut.


Figure 3: Begitu bersungguhnya sejadah itu menunjukkan arah kiblat hingga tidak perasan bahawa sebenarnya ada telekung yang sedang dibawa bersama. kemungkinan besar telekung atau kain baju sembahyang itu adalah milik si isteri kerana kebiasaannya wanita-wanita di Malaysia ini suka menyimpan bersama telekung mereka di dalam lipatan sejadah bagi memudahkan mereka untuk menunaikan sembahyang nanti.


Figure 4: Berdasarkan gambar ini, kita dapat menganggarkan bahawa ketinggian sejadah tersebut adalah berukuran kurang dari 60 cm, bersamaan anggaran kedudukan seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas lantai. (malunya jika orang tua/ dewasa ditegur oleh hanya seorang kanak2 kecil yang tidak punya banyak pengalaman dalam kehidupan..insaf2..)


Figure 5: Keadaan sejadah tersebut seakan-akan sedang duduk tahiyat akhir dengan tertibnya.


Figure 6: Penulis sebenarnya tertanya-tanya dari manakah datangnya sejadah itu? Jika diperhatikan, mungkin sejadah itu telah digantung pada bahagian penghadang tempat letak bayi bersebelahan dengan kedudukan sejadah itu kini disebabkan kelihatan timbunan baju2 yang belum dilipat, diletakkan di dalam tempat letak bayi tersebut.


Kalau Allah nak beri hidayah kepada hambaNya, tiada yang mampu menghalang, Kalau Allah nak tunjukkan KebesaranNya, cukup sekadar Allah berfirman "Jadilah", maka jadilah apa yang Allah Perintahkan itu. SubhanaLLah, Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan.. AllahuAkbar! Sesungguhnya Allah Maha Besar. Kekuasaan Allah meliputi seluruh 'alam. Tiada yang sebanding denganNya..


BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU

Rabu, 2009 Oktober 07

Inspirasi

Album : Inspirasi
Munsyid : Rast

Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu
Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati
Bersedia seawal waktu
Usah kau bertaut (bertangguh kot..)
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya
Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran menempuh jiwa
Singkir keraguan di minda
Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi

Pengirim : Juwairiyah
BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU