Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Kutaat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah, jayalah
Negeriku yang kucinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita
BETULKAN NIAT, TERUSKAN ISTIQAMAH..
ORANG BERILMU TIDAK SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERILMU
DUA beradik perempuan mewakili Pulau Pinang, Nur Adilla dan Nur Aqilah Abd Rahim mendominasi pertandingan apabila masing-masing menjuarai kategori sekolah menengah dan rendah Pidato Piala Diraja ke-2, baru-baru ini.
Pada pertandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu, Nur Adila menyampaikan pidato bertajuk Kepelbagaian Budaya di Malaysia Warisan Negara serta Mempertahankan Kedaulatan Negara.
Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irsyad itu menerima wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil.
Sementara, adiknya Nur Aqilah, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Dua dengan pidato berjudul Satu Bangsa Satu Negara dan Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama menerima wang tunai RM800, piala pusingan, piala iringan dan sijil.
Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar Pendidikan), Dr Haili Dolhan.
Tempat kedua kategori sekolah menengah diraih Muhamad Izzat Syameer Mohd Zaid dari SMKA Lati, Pasir Mas, Kelantan dengan pidato bertajuk Warisan Seni dan Budaya Tunjang Kecemerlangan Sejagat serta Bahasa Teras Perpaduan.
Nurhaziqah Norani dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Kuching, Sarawak yang menyampaikan pidato Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia dan Satu Malaysia Membudayakan Kecemerlangan menduduki tempat ketiga.
Muhamad Izzat dan Nurhaziqah, masing-masing menerima wang tunai RM800 dan RM600, sijil dan piala iringan.
Kategori sekolah rendah pula, tempat kedua dimenangi Nur Ainna Maryam Nor Azman dari SK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dengan pidato bertajuk Satu Bangsa Satu Negara dan Akhlak Mulia Keluarga Bahagia.
Murid SK Sri Kulim, Kedah, Nasuha Yaacob, pula menduduki tempat ketiga dengan judul pidato Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang dan Bahasa Mencerminkan Bangsa.
Nur Ainna Maryam dan Nasuha, masing-masing dianugerahkan wang tunai RM600 dan RM400, piala iringan dan sijil.
Ketika ditemui Nur Adilla berkata, kejayaan berganda itu hadiah istimewa buat ibu bapa, Rozita Lokman dan Abd Rahim Sudin, yang tidak jemu mendidik mereka termasuk memupuk tabiat membaca seawal usia enam tahun.
“Setiap bulan ibu bapa membawa kami ke kedai buku dan memberi kebebasan memilih bahan bacaan, selain menghadiahkan buku kegemaran kami pada sambutan hari jadi.
“Tabiat suka membaca yang dipupuk sejak kecil membuatkan kami yakin menyertai pertandingan menguji intelektual seperti pidato kerana pelbagai pengetahuan didapati menerusi bahan bacaan,” katanya.
BY SUHAIMI
Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis
Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
