Jumaat, 17 April 2009

Permata Ayah Bonda

Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Pengirim : Asyraff Hafdzan

Isnin, 23 Mac 2009

Atas Nama Cinta

http://liriknasyid.com

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Jumaat, 27 Februari 2009

Akhlak Yang Baik


Santai, Konsep Sept 2008
Mulakan hari dengan menyebut nama-Nya. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk menghirup udara nyaman.. tetap diberi kesempatan untuk melihat cantiknya pemandangan.. merasa kelazatan makanan...
Ada seorang teman bertanya.. bagaimana ingin bersabar dengan karenah teman? Teman yang begitu banyak fiilnya. Bagaimana ingin menasihati teman? Teman yang kadang-kadang menyakitkan jiwa. Berat juga soalan ini. Secara teori, mudah sahaja persoalan itu. Nasihat aja... cakap aja..
Belajar untuk berlapang dada. Lapang dada? Senang diungkapi tetapi hanya dengan kelembutan hati membolehkan kita menjadi manusia yang berlapang dada.
Yang pasti, hati kena selalu ingat. Manusia ini banyak karenahnya.. punya karektor yang berbeza dan tersendiri. Kita sendiri punya perangai yang kadang-kadang memeningkan kepala orang lain.
Teman di hadapan kita punya emosi. Kita juga memiliki emosi. Mereka punya perasaan. Kita turut tidak terkecuali mempunyai hati dan perasaan. Dia manusia yang lemah. Kita juga tidak lari daripada sifat lemah itu. Justeru, sabarlah. Bagaimana? Ramai yang tahu jawapannya tetapi tatkala diri dikuasai nafsu amarah, kita melupakannya, “Dengan mengingati Allah, hati kan tenang,” ar-Ra’d ayat 28.
Iya la! Bagaimana mahu berhadapan dengan seseorang yang tidak sama perangai dengan kita? Paling mudah, di dalam asrama atau di rumah sewa.. kita seorang yang teliti. Kita tidak suka melihat barang-barang bersepah. Kita “sakit mata” melihat baju yang tidak berbasuh berhari-hari (terkena baju kita pula tu). Baju tidak berlipat, meja berhabuk.. Arghhhh!!! Bagaimana mahu menahan rasa ketidakpuasan hati ini? Sakitnya...Sedihnya..
Bagaimana nak kawal ni? Contoh yang paling dekat dengan kita. Hendak tegur? Entahlah. Serba salah dibuatnya. Tak berani nak tegur. Takut terasa. Lagipun, kadang-kadang kita juga tersasar. Kan manusia ni lemah dan lupa? Maka, contohilah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Tunjukkan contoh yang baik buat teman kita tu. Kita lipat baju kita (kalau mahu menambah amal, lipatkan baju kawan tadi).. kita mengasingkan baju kotor dan bersih.. insyaAllah, lama-kelamaan teman kita pasti malu sendiri.
Dalam masa yang sama, kita berusaha keras untuk memperbaiki diri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Jika tersilap langkah, bangkit kembali. Yang pasti, katakan dalam diri, “Aku mahu menjadi yang terbaik!” (melalui akhlak dan tingkahlaku).
Selain itu, perlu saling menampung antara satu sama lain. Mungkin kita cemerlang part kebersihan tetapi lemah bab amanah. Buat kerja last minute, cincai dan haru-biru.
Tetapi kawan kita pula terbilang dalam bab kerja. Jadi, “give and take” dan teach and learn”. Bak kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, “Suami isteri saling menampung kelemahan yang dimiliki lelaki dan wanita”.

Khamis, 22 Januari 2009

Lukisan Alam

Hijjaz
(Manan Ngah / Pahrol Md Juoi)


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Jumaat, 16 Januari 2009

A Letter To Read

May Allah strengthen our Palestinians brethrens’ imaan and taqwa so that they can withstand their intense suffering………….

Looking at the colourful wardrobe...
There are people out there who does not even have a cloth to change for the next day...
Looking at the snacks that I ate between meals...
There are people out there who do not get even a sip of clean water to drink...
Looking at the music that I listen to...
There are people out there that listen to bomb sounds all the time...
Looking at how much anatomy I need to revise..
There are people out there whose University has gone into pieces bombed...
Looking at how much I miss my Ummi and Abi..
There are people out there who are looking at their Ummi's and Abi's dead body upon them..
Looking at how cold the temperature is now...
There are people out there who run from the heat of fire and terror...

And we still being ignorant.
Still being obsessed to our worldly world.
Still not thankful.
Still can laugh.
Still keeping our money for ourselves.
Still not bending our knees to pray to Allah.

Ya Allah,
WAKE us up,
WAKE me up,
WAKE them up.
We don't want to be ROBOTS anymore.

I hope my spirit doesn't just die after a week,
or a month,
or a year,
but I hope it will stay,
till the day I let my last breath.
Amin...

Please, wake up, help our brothers and sisters in Palestine.

From a Malaysian university student

Ahad, 4 Januari 2009

Kenali Diri Paparan Imej

Setelah setahun kita membincangkan pembentukan imej, bermula daripada penampilan lahiriah sehinggalah membawa kepada perubahan sikap yang memberi pengaruh besar kepada imej, menjelang tibanya tahun baru, adalah masanya untuk kita melihat dan menghayati semula adakah semua ilmu itu membantu anda melakukan perubahan.
Sekiranya anda berjaya berubah, tahniah diucapkan dan semoga anda akan terus berjaya. Menjelang ketibaan tahun 2009, lebih banyak ilmu dan maklumat bermanfaat sebagai panduan akan kami paparkan untuk anda menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup terutama kerjaya.
Sebelum bermula tahun baru, buat check list apa-apa yang telah anda lakukan dan apakah perubahan yang dilalui dan hasilnya. Langkah pertama mengemudikan kehidupan adalah dengan mengenali diri.
Siapakah diri kita? Apakah kekuatan dan kelemahan yang kita miliki? Apakahpotensi dan halangan-halangan yang kita hadapi? Ini selaras dengan pandangan Socrates, ahli falsafah Yunani yang menegaskan bahawa langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan adalah dengan mengenal diri.
Bagaimanapun, apa yang kita fikirkan mengenai diri kita adalah perkara yang lebih utama. Pandangan kita mengenai diri kita iaitu imej diri yang kita miliki dan paparkan mempengaruhi pandangan kita mengenai persekitaran, hubungan dengan orang di sekeliling dan bagaimana kita mengendalikan masalah.
Imej Positif
Membina imej positif adalah kunci utama membina kebahagiaan dalam hidup. Apabila kita ada perasaan selesa dengan diri kita, orang sekeliling juga akan rasa selesa dengan diri kita. Sebaliknya apabila kita membenci diri kita, kita turut membenci orang di sekeliling kita. Bagaimana agaknya reaksi orang di sekeliling apabila kita dalam keadaan begitu? Cuba bayangkan jika kita memandang diri kita sebagai orang yang tidak berguna, hanya menjadi beban kepada orang lain, ibarat melukut di tepi gantang yang hadirnya tidak memberi makna apa-apa.
Keadaan ini sudah tentu menimbulkan rasa rendah diri bagi empunya diri, apatah lagi ia seolah-olah memberikan peluang kepada orang lain di sekeliling untuk turut memandang rendah dan mengambil kesempatan terhadap kita. Bahagiakah kita untuk terus berada dalam keadaan begini?
Jika kita terus berada dalam keadaan sebegitu, apakah akhirnya yang akan berlaku pada diri kita? Jika kita adalah seorang staf di sebuah organisasi, apakah sumbangan yang mampu kita berikan pada diri sendiri selain mendapat gaji tetap secara bulanan, sekiranya sering meletakkan diri sebagai lambat memahami arahan, tidak berkaupayaan melakukan tugas yang diamanahkan ketua. Bagaimana agaknya nanti hubungan dengan rakan-rakan sekerja? Hubungan dengan majikan dan paling utama keyakinan diri sendiri?
Jelasnya, membina imej diri yang positif adalah penting kerana ia memberikan keyakinan pada diri seterusnya kepada orang di sekeliling.
Beberapa contoh imej diri yang negatif:
· Rendah diri
· Terlalu cemburu
· Bercakap perkara negatif mengenai diri
· Tidak mahu memberi dan menerima penghargaan
· Terlalu banyak mengkritik orang lain
· Tidak berkebolehan menerima dan meraikan kegembiraan
· Sering membandingkan diri dengan orang lain (pandang rendah)

Sabtu, 3 Januari 2009

Erti Sebuah Tangisan

Muhasabah; Al-Muslimah, September 2008-11-25

“...dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”(an-Najm:43)
Menurut Ibn Qayyim, terdapat sepuluh jenis tangisan iaitu:
1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana terikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik; pura-pura menangis.
Allah telah menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Tangis tercela atau terpuji?
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab Allah.
Tangisan memadamkan api Neraka
“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud kepada Allah di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat dia menangis. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam, sesungguhnya belum pernah (Kami) menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”
Air mata yang tidak dituntut
Jangan menangis jika tidak tercapai cita-cita. Jangan menangis ketika menonton filem yang Cuma lakonan. Jangan menangis kerana cinta tidak berbalas kerana mungkin dia bukan jodoh kita. Jangan menangis jika gagal mendapat pekerjaan, mungkin kerana kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis jika wang kita hilang di jalanan, mungkin kerana kita kurang bersedekah dan beramal. Jangan menangis jika tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu, simpanlah air mata sebagai bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian diri, segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Serulah air mata itu dari tempat persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali (merah sihat tanpa kekotoran) dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa kita.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ada dua jenis mata yang tak tersentuh api neraka iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.”
Berkata Salman Al-Farisi r.a, “Aku menangis kerana tiga perkara:
1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu sama ada akan diperintahkan ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah s.a.w bersabda: ”Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Perkara tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat. (riwayat dari Salman Al-Faarisi)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara:
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Yang Memiliki mu.”

BYSTANDER Using Science to get help


If you are the victim of a crime, or in some other trouble, and you happen to be surrounded by a gawking crowd suffering from bystander effect, the trick is to encourage decisions that will get you help.
When we see an incident, we automatically fall into a five-step pattern of analysis. We notice something odd, and decide if it is an emergency. If it is an emergency, we have to decide if we are responsible. If we decide we are, we decide how to help. Then we offer that help.
If you are a victim, the first obstacle is to ensure everyone knows you are in trouble. Although this may be obvious to you, others may not see it.
Studies show that most of us, particularly city slickers, are very liable to mistake signs of trouble for everyday occurrences.
A scream is more likely to be a child demanding ice-cream than someone being brutally stabbed.
A house or personal alarm means someone has pressed the wrong button again rather than be a genuine call for emergency.
Someone who falls in the street could be on drugs or drunk rather than suffering from a fainting spells or heart attack.
A simple and effective way to get action is to focus on one person, look them firmly in the eye, and tell them this is an emergency and that they need to help you- “You sir in the blue shirt! I think i have a broken wrist. Please will you help me upband take me to the nearest clinic,” has a very high chance of working.
Also, research shows that being perceived as a person worthy of help is also a good motivator.
Smiling when you ask for help as well as being thankful and praising the people that offer assistance up are useful strategies for turning bystanders into good Samaritans.
Science helps explain how the universe works, and it is useful to understand why we react the way we do.
However, it is within our power to overcome inbuilt drives and substitute better reactions. Perhaps the best motivator to make that change was suggested by the poet John Donne in 1624 when he wrote, “No man is an island, entire of itself.”


*Do you get involved? Write to us and share your story!

Sabarlah Insan

Sabarlah Insan

Teman Seperjuangan => Mata Pena Yg Nakal

Jom Rehat Sat..

Sehari, Satu Ayat Qur'an
Hadis Pilihan
Listen to Quran

My Viewers *This Number Should Not Exceed*